Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam disahkan palsu – MoF

Facebook
WhatsApp
MoF menegaskan bahawa Kandungan WhatsApp yang sedang tular mengenai 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 palsu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi Whatsapp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai dan mengatakan bahawa ia adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini. – Bernama