Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
  • JENAYAH

Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh

Utusan Sarawak 10 months ago
SEORANG anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit. Lelaki itu yang bertugas di Perak akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. FotoBERNAMA

HULU SELANGOR: Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan kes itu telah selesai dan suspek akan dituduh atas kesalahan membunuh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru, hari ini.

“Kes Nur Farah Kartini telah selesai dan suspek akan dituduh di mahkamah esok (hari ini). Kita percaya (punca) ada kaitan perselisihan perhubungan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ‘Program Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama: Jenayah Tidak Mengenal Warna Kulit Di Hulu Selangor’ di sini, malam tadi.

Program itu dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan.

Hussein berkata, pihaknya mempunyai cukup bukti untuk menuduh suspek di mahkamah berdasarkan bahan bukti yang ditemui di beberapa lokasi di sini dan Perak.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6.00 petang pada 15 Julai lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Polis gagalkan cubaan seludup dadah guna kotak makanan di KLIA Terminal 2
Next: Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.