KUALA LUMPUR: TM bekerjasama dengan Nxera, cabang pusat data serantau unit Digital InfraCo Singtel dalam membangunkan pusat-pusat data di Malaysia bermula dengan kampus pusat data sedia kecerdasan buatan (AI) yang mampan dan ketersambungan tinggi di Johor.
Terletak di Iskandar Puteri, hanya 16 kilometer dari Singapura, kampus pusat data itu akan menjadi yang terbesar setakat ini untuk TM dan Nxera.
Fasa awal pusat data dirancang untuk 64MW dan boleh ditingkatkan sehingga 200MW berdasarkan kepada permintaan pasaran.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan kerjasama strategik tersebut bertujuan memenuhi keperluan hyperscaler, penyedia aplikasi AI generasi baharu dan perusahaan yang mahu mempercepatkan pendigitalan dan pengkomputeran awan (cloud) di rantau ini.
Kampus berketumpatan kuasa tinggi berkenaan akan berupaya menjadi tuan rumah (hos) pengkomputeran yang besar dan keupayaan AI seperti keperluan awan oleh hyperscalers, penyedia perkhidmatan unit pemprosesan grafik (GPU) serta menampilkan teknologi canggih seperti penyejukan cecair untuk menyokong beban kerja berketumpatan kuasa tinggi dan operasi dengan cekap.
“Pusat data itu akan menjadi bangunan hijau (mesra alam sekitar) yang diperakui LEED (Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) yang menekankan komitmennya terhadap kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan amalan mampan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata, kerjasama dua syarikat telekomunikasi utama di rantau ini adalah unik dan memberi impak positif kepada pembangunan ekosistem digital, bukan sahaja memberi manfaat kepada perniagaan tetapi juga memupuk bakat (pekerja berkemahiran) masa hadapan.
“Menubuhkan pusat data sedia AI dengan ketersambungan tinggi menandakan fasa seterusnya dalam kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Singtel, memanfaatkan kekuatan dan komitmen kami untuk mengangkat ASEAN sebagai destinasi pilihan dalam hab digital.
“TM membawa infrastruktur rangkaian domestik terbesar, sistem kabel dasar laut antarabangsa yang luas dan pusat-pusat data terhubung terbesar di Malaysia, sokongan kukuh untuk projek ini.
Ia akan menjadi pemangkin untuk pengkomputeran berprestasi tinggi dan meletakkan asas kukuh untuk kemajuan pengkomputeran awan dan masa hadapan Aplikasi AI.
Melalui kerjasama ini, TM terus menunjukkan dedikasinya untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian mampan, langkah penting dalam aspirasi kami untuk menjadi kuasa besar (powerhouse) digital powerhouse menjelang 2030.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nxera dan unit Digital InfraCo Singtel Bill Chang berkata, kerjasama itu memajukan visi kami untuk menjadi platform pusat data sedia AI yang mampan dan ketersambungan tinggi terkemuka di rantau ini, menyokong perniagaan dengan infrastruktur digital yang diperlukan untuk permintaan awan yang semakin meningkat, pendigitalan dan AI.
“Pembangunan kampus pusat data pertama di Johor berkenaan boleh dikembangkan secara berperingkat, menunjukkan keupayaan kami untuk menyokong pasaran penting kepada pelanggan kami dengan cepat.
“Menerusi kepakaran industri dan rekod prestasi kukuh, kami akan membina dan mengendalikan pusat data yang cekap, mampan dan mempunyai ketersambungan tinggi di Malaysia,” katanya.
Selain pusat data, kami akan memperluaskan sambungan kabel dasar laut antara Singapura dan Johor untuk meningkatkan ketersambungan digital.
Usahasama tersebut turut melibatkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi di Malaysia untuk memupuk bakat untuk projek kami dan industri. – Bernama