Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Isteri maut, suami cedera parah dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Isteri maut, suami cedera parah dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 11 months ago
KEADAAN di tempat kejadian selepas insiden malang itu.

BINTULU: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara suaminya yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 7.22 pagi.

“Setiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza mengalami kemalangan kendiri yang mana kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan semasa kejadian.

“Mangsa seorang perempuan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa lelaki mengalami kecederaan parah telah dibawa ke hospital Bintulu oleh pihak KKM,” katanya.

Difahamkan, dua mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri yang baharu mendirikan rumah tangga.

Katanya lagi, pihak bomba membuat kerja-kerja ‘size-up’ di sekitar kawasan lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat.

“Kerja-kerja pembersihan turut dijalankan untuk membersihkan sisa-sisa kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemukan
Next: 19 terselamat bas jatuh gaung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.