Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemantauan pematuhan SOP dipergiatkan
  • TEMPATAN

Pemantauan pematuhan SOP dipergiatkan

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN… Pemantauan pematuhan SOP PKPB kini giat dijalankan di sekitar Bandar
Simanggang.

SIMANGGANG: Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini giat dijalankan di sekitar bandar ini bagi memastikan ia dipatuhi semua premis perniagaan, kilang dan lain-lain premis yang beroperasi sepanjang PKPB.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata, semasa berlangsungnya sesi pemantauan semua pekerja diberi nasihat supaya memakai topeng muka dan setiap kedai juga perlu memeriksa suhu badan pelanggan dan menyediakan ‘hand sanitizer’ serta mengambil nama setiap pelanggan yang datang.

Operasi pemantauan jelasnya melibatkan dua anggota APM, dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan seorang wakil Majlis Daerah Sri Aman.

Pemantauan yang bermula 8.00 pagi semalam berlangsung sehingga 10.00 malam.

“Kawasan yang dipantau ialah Pasar Tamu Baru, Doremon Supermarket, Kedai DIY, Kedai VIVO Phone, Bayu Food Court, Fuan Trading,Sing Wang Trading,Syarikat Eyong Chin Motor dan NRA Sweet & Young Company.

“Semasa sesi pemantauan pihak terlibat memberikan nasihat dan amaran kepada pemilik premis serta orang ramai yang didapati tidak mematuhi garis panduan PKPB yang sedang berkuatkuasa.

“Pemantauan pematuhan PKPB bagi Daerah Sri Aman hari ini (semalam) berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sembilan ditahan terlibat judi haram
Next: OKU tinggal sendirian dibantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.