Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ME20: Catat 2,461 kes demam denggi, dua kematian
  • NASIONAL

ME20: Catat 2,461 kes demam denggi, dua kematian

Utusan Sarawak 12 months ago
BILANGAN lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME20 adalah 59 lokaliti berbanding 60 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Daripada jumlah itu, 44 lokaliti adalah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Sarawak (empat), Kedah (tiga), Perak (dua) dan masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,461 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME20) bagi tempoh 12 hingga 18 Mei lepas, peningkatan 123 kes baharu berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME20 ialah 59,681 kes berbanding 43,619 kes bagi tempoh sama pada 2023, manakala 42 kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan berbanding 28 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME20 adalah 59 lokaliti berbanding 60 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Daripada jumlah itu, 44 lokaliti adalah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Sarawak (empat), Kedah (tiga), Perak (dua) dan masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.  

Bagi survelan chikungunya, satu kes direkodkan pada ME20, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 25 kes dengan tiada wabak berkenaan dilaporkan.

Bagi survelan zika, Dr Muhammad Radzi berkata 1,021 sampel darah dan enam sampel urin telah dijalankan dengan hasil kesemuanya adalah negatif. – Bernama

Continue Reading

Previous: 11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A – KP Pendidikan
Next: Kerajaan muktamad penggunaan Kod QR selepas tamat tempoh percubaan – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.