Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Meridian Bhd diklasifikasi sebagai syarikat PN17
  • BISNES

Meridian Bhd diklasifikasi sebagai syarikat PN17

Utusan Sarawak 1 year ago
MERIDIAN adalah kemasukan terbaharu dalam senarai 25 syarikat PN17 menurut laman web Bursa Malaysia yang akan terus dipantau perkembangan pematuhannya dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

KUALA LUMPUR: Meridian Bhd telah diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) berikutan mencetuskan kriteria PN17 Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin berkata, kriteria PN17 itu tercetus apabila juruaudit menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2023, diumumkan 5 April 2024.

Sementara itu, juruaudit luar Meridian, Jamal, Amin & Partners dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia pada hari sama telah menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 1 Julai 2022 hingga 30 November 2023.

“Berikutan kepentingan perkara yang diterangkan dalam asas bahagian penafian pendapat pada laporan kami, kami tidak dapat memperoleh bukti audit mencukupi yang sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat audit mengenai penyata kewangan ini,” kata juruaudit itu.

Berikutan kemasukan dalam kategori PN17, Meridian berkata ia sedang mengkaji untuk menetapkan pelan regularisasi untuk menangani status itu.

Bursa Malaysia dalam kenyataan berasingan hari ini berkata, ia akan terus memantau perkembangan Meridian mengenai pematuhannya dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Menurut laman web Bursa Malaysia, Meridian adalah kemasukan terbaharu dalam senarai 25 syarikat PN17. – Bernama

Continue Reading

Previous: Permintaan, harga sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat – Pakar
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah, kurang peserta berikutan cuti panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.