Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah runtuh di Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemukan
  • KEMALANGAN

Tanah runtuh di Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemukan

Utusan Sarawak 1 year ago
SATU lagi mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley ditemukan pada 12.15 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata, mayat lelaki itu dikesan anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat berhampiran sektor C iaitu lokasi penemuan mayat pertama, semalam. FotoBERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Satu lagi mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley di sini ditemukan pada 12.15 tengah hari tadi menjadikan tiga mayat telah berjaya ditemukan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata, mayat lelaki itu dikesan anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat berhampiran sektor C iaitu lokasi penemuan mayat pertama semalam.

“Mayat sedang dikeluarkan dari kawasan runtuhan dan pegawai forensik D10 Bukit Aman telah tiba untuk mengenal pasti mayat,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Bomba di lokasi bencana itu di sini, hari ini.

Beliau turut berkata, dua mayat yang ditemukan semalam telah dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48 tahun.

Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah dihuni mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi semalam.

Kesemua mangsa warganegara Myanmar itu merupakan pekerja di ladang sayur di situ dan tiga lagi mangsa terlibat dikenali sebagai Shing Law Har, 56, Om Myu, 37, dan seorang wanita Thang Moung, 25 tahun. – Bernama

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: SAR tiga lagi mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Next: Isteri maut, suami cedera parah dalam kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.