KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencatatkan trend meningkat dalam julat RM3,800 hingga RM4,000 minggu depan.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata, momentum meningkat didorong terutamanya oleh kebimbangan mengenai pengeluaran yang rendah dan eksport yang kukuh dijangka meningkatkan sentimen.
Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata, pasaran turut dijangka lengang minggu depan berikutan kebanyakan kilang akan mula ditutup untuk cuti Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
“Ramai pelabur tidak akan membuat pembelian dalam tempoh beberapa minggu akan datang, terutamanya China yang telah mendapatkan stok mereka menjelang perayaan tersebut,” katanya kepada Bernama.
Bagi minggu baharu berakhir, niaga hadapan MSM diniagakan kebanyakannya tinggi dalam persekitaran harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang kukuh.
Pada asas mingguan, kontrak bulan semerta Februari 2024 naik RM131 kepada RM3,962 satu tan, Mac 2024 meningkat RM102 kepada RM3,958 satu tan, April 2024 menambah RM96 kepada RM3,939 satu tan, May 2024 menokok RM97 kepada RM3,896 satu tan, Jun 2024 naik RM95 kepada RM3,833 satu tan dan Jun 2024 meningkat RM134 kepada RM3,767 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 378,955 lot daripada 385,530 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 210,844 kontrak daripada 202,342 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan naik RM110 kepada RM3,960 satu tan pada Jumaat daripada RM3,850 pada minggu sebelumnya. – Bernama