CONNIE CHIENG
KUCHING: Seorang jurutera pemeriksaan dasar laut dengan kira-kira 30 warganegara Malaysia terkandas di Lagos, Nigeria dua bulan yang lepas dan tidak dapat kembali ke negara ini.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 10 orang adalah daripada Sarawak.
Salah seorang daripada mereka, Malcolm Goh, 39 tahun apabila dihubungi oleh Utusan Sarawak berkata beliau ingin kembali ke tanah air setelah bekerja di Lagos sejak Februari yang mana ia merupakan kerja pertama beliau di luar negara.
Kumpulan yang terkandas di Lagos ini telah menghubungi kedutaan negara Malaysia di Abuja, Nigeria untuk bantuan untuk pulang ke tanah air.
Goh berkata mereka terpaksa mengambil penerbangan “chartered” kerana lapangan terbang Lagos ditutup.
“Kemudian kami inigin mengikut penerbangan sewaan dari kedutaan Indonesia tetapi ini tidak menjadi manakala perberbangan yang dirancang oleh kerajaan Vietnam pula tidak membernarkan rakyat mereka pulang,” kata Goh.
Rancangan baru-baru ini adalah penerbangan sewaan yang diatur oleh kedutaan Malaysia dan Nigeria di Kuala Lumpur untuk membawa warganegara Nigeria balik ke negara mereka dan warganegara Malaysia balik ke tanah air yang tidak menjadi.
Goh telah membuat rayuan di laman Facebooknya kerana beliau telah kehilangan idea untuk meminta bantuan di mana beliau menulis bahawa ramai warganegara dari China, Mesir, UK, Brazil dan India yang telah keluar dari Nigeria untuk kembali ke negara masing-masing.
“Begitu juga dengan warganegara Malaysia yang terkandas di negara lain yang pulang ke tanah air menerusi penerbangan ‘chartered’ yang diatur oleh kerajaan Malaysia.
“Kami telah menunggu selama dua bulan dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Jika warganegara Malaysia yang lain boleh pulang, saya fikir kami juga boleh. Kami bukan meminta penerbangan percuma,” kata Goh sambil menambah bahawa mereka rela membuat bayaran.
Goh berkata mereka cuma harap Wisma Putra dapat membantu dan harapan mereka adalah supaya mereka ini dapat kembali untuk bersama keluarga masing-masing.
Goh menggesa supaya orang ramai untuk menyebar pesanan ini supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai berkata kedutaan Nigeria di Kuala Lumpur dan kementerian Luar Negeri akan cuba menghantar penerbangan bagi membawa pulang mereka yang terkandas ini dari Lagos ke Kuala Lumpur.
“Penerbangan ini sepatutnya pada 31 Mei tetapi kita sedang menunggu kelulusan dari kerajaan Nigeria.
“Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata beliau telah menghubungi Kementerian Luar Negeri yang memberi maklum balas yang positif,” kata Tan.