ADUM LIU
BEKENU: Sambutan Hari Gawai Dayak 2020 di kawasan Ulu Sibuti ternyata berbeza dan sunyi tidak seperti tahun tahun yang lampu.
Utusan Sarawak yang melakukan tinjauan Hari Gawai di Rumah Lingu Jilan pada petang 31 Mei lepas mendapati keadaan dan suasana sunyi yang langsung tidak kedengaran bunyi muzik kebudayaan seperti pukulan gong, gendang dan sapek.
Tuai Rumah Lingu Jilan telah dihubungi awal melalui panggilan untuk memohon kebenaran tentang kehadiran media bagi melakukan tugas laporan Gawai 2020 ketika penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kerana orang luar tidak dibenarkan masuk ke rumah panjang.
Tinjauan itu mendapati ramai keluarga dan sanak saudara tidak balik kampung Gawai Dayak ekoran penguatkuasa PKPB tidak dibenarkan merentas daerah di Sarawak.
Lazimnya, tahun-tahun yang sudah ketika sambutan Hari Gawai pasti keadaan luar rumah panjang penuh dengan kenderaan dan penghuni mula bersuka ria bersama keluarga masing-masing.
Selain itu, setiap tahun sekitar jam 4 petang setiap pintu rumah di sini akan berkumpul di ‘ruai’ masing-masing untuk upacara ‘miring’ yang merupakan adat kebudayaan kaum Dayak di Ulu Sibuti ini.
Pada tahun ini, Hari Gawai bersama PKPB bahawa penghuni rumah panjang telah memilih untuk adakan ‘miring’ di bilik dan waktu kehendak masing-masing.
Namun itu, sekitar jam 8 malam baharu ada kedengaran suara dan kelibat keriangan di bilik masing-masing.
Keriangan itu hanya berlaku sehingga jam 11 malam dan mulai sunyi semula serta tiada aktiviti ‘ngabang’.
Seorang penduduk rumah panjang dikenali Micheal Sait berkata, penduduk di sini sangat mengikuti arahan PKPB.
Katanya, PKP sejak 18 March sehingga kini bahawa penduduk di sini hanya keluar ke pekan untuk urusan penting sahaja.
Hari-hari yang lain semasa PKP ini penduduk pergi mengusahakan kebun kelapa sawit masing-masing, jelasnya.