Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Akta muzium digubal untuk kawal selia muzium – Aaron
  • NASIONAL

Akta muzium digubal untuk kawal selia muzium – Aaron

Utusan Sarawak 2 years ago
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) melihat dari dekat ‘ketam padi’ yang dipamerkan selepas merasmikan Sambutan 60 Tahun Muzium Negara dan pelancaran Kapsul Masa di Muzium Negara, hari ini. Sempena sambutan 60 Tahun Muzium Negara, Aaron mengumumkan tiket masuk percuma selama tiga hari bagi warga Malaysia, esok dan lusa serta pada 16 September sempena Hari Malaysia 2023. Kementerian Perpaduan Negara dalam perancangan untuk membentangkan akta baharu iaitu Akta Muzium bagi mengawal selia aktiviti berkaitan muzium di seluruh negara di persidangan Parlimen pada akhir tahun ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara sedang menggubal akta baharu yang dikenali sebagai Akta Muzium bagi mengawal selia aktiviti berkaitan muzium di seluruh negara.

Menteri berkenaan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, akta yang antara lain akan mewajibkan setiap muzium mendaftarkan semua koleksi negara bagi tujuan rujukan dan penetapan standard dalam setiap pameran, dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

“Kita ingin adakan Akta Muzium untuk memelihara kehendak muzium ini supaya kita boleh adakan apa yang kita hendak untuk muzium pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 60 Tahun Muzium Negara dan melancarkan kapsul masa di sini, hari ini.

Kapsul masa yang mengumpulkan koleksi suara, harapan dan impian warga muzium bagi masa hadapan, akan dibuka pada 2063 ketika sambutan Muzium Negara yang ke-100.

Ketika ini semua muzium di seluruh negara bergantung kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) iaitu akta penguatkuasaan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan tanah air.

Dalam perkembangan lain, Aaron berkata Jabatan Muzium Malaysia akan memulakan kaedah pembayaran tanpa tunai bagi pembelian tiket masuk ke premis berkenaan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Beliau turut mengumumkan tiket masuk percuma ke Muzium Negara selama tiga hari bagi warga Malaysia, esok dan lusa serta pada 16 September sempena Hari Malaysia 2023.

Sempena sambutan 60 Tahun Muzium Negara, dua pameran utama diadakan iaitu Pameran 60 Tahun Muzium Negara: Satu Retrospektif yang memaparkan perjalanan Muzium Negara sepanjang enam dekat bermula 1963.

Satu lagi pameran adalah Pameran Malaysia Tanah Airku yang merupakan satu interpretasi menggambarkan aspek sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi Malaysia melalui persembahan panel grafik serta budaya material seperti artifak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan peringkat cadangan – Jakim
Next: Dua pusat undi awal PRK Pulai dibuka 8.00 pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.