SARIKEI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa 15 minit untuk mengejarkan seorang lelaki warga emas ke hospital malam tadi.
Warga emas berusia 60 tahun didapati pengsan di Jalan Abdul Rahman.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 11.12 malam tadi.
“Respons kepada panggilan kecemasan, empat anggota APM Sarikei bergegas ke lokasi untuk menghantar pesakit ke hospital.
“Setibanya di lokasi, pemeriksaan awal dijalankan oleh pihak kami,” katanya ketika dihubungi.
Ujarnya, pesakit didapati dalam keadaan separa sedar semasa pemeriksaan awal tersebut.
“Pasukan APM Sarikei bertindak menghantar pesakit ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
“Khidmat khas menghantar pesakit ke hospital selesai sepenuhnya 11.27 malam,” katanya.
Oleh EARL ANEK