YINCHUAN: Seramai 31 orang terbunuh manakala 38 lagi cedera dalam kejadian letupan di restoran barbeku di Yinchuan, dekat Wilayah Autonomi Ningxia Hui malam tadi, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku 9.00 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing.
Usaha menyelamat sedang dijalankan dan letupan itu dipercayai akibat kebocoran gas petroleum cecair dari kawasan operasi restoran.
Menurut pihak jawatankuasa wilayah itu, seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan kritikal. – Bernama-Xinhua