Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki 20 tahun dikhuatiri lemas
  • WILAYAH

Lelaki 20 tahun dikhuatiri lemas

Utusan Sarawak 2 years ago
OPERASI SAR… Pasukan bomba, penduduk rumah panjang dan pihak polis menjalankan operasi SAR mencari mangsa di Sungai Stubah. 
Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Lelaki berumur 20 tahun dikhuatiri lemas setelah terjatuh dari perahu ketika mengeluarkan hasil tangkapan.

Jackson Janang dikatakan terjatuh ke dalam Sungai Stubah di sini apabila cuba mengangkat hasil tangkapan dari bubu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 12.06 tengah hari tadi mengenai kejadian itu.

“Respon dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi menggunakan bot penyelamat.

“Difahamkan, lokasi mangsa memasang bubu semasa terjatuh dari perahu adalah anggaran 70 meter dari jeti Rumah Bala,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, mangsa dikenalpasti sebagai Jackson Janang dan semasa kejadian berlaku, mangsa berseluar pendek, tidak berbaju dan hanya seorang diri dalam perahu.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba menggunakan kaedah pencarian ‘besi genggam’ dan pencarian di permukaan air.

“Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ialah pihak polis dan penduduk rumah panjang,” katanya.

Setakat berita ditulis, operasi SAR masih giat dijalankan dan mangsa belum ditemui.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: George Kent, UTS pupuk kerjasama perkukuh industri
Next: Abang Johari sertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Miri-Bintulu esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.