Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang Dun: Desak perwakilan seimbang Dewan Rakyat
  • TEMPATAN

Sidang Dun: Desak perwakilan seimbang Dewan Rakyat

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada persidangan hari keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus mendesak 35 peratus daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk Sarawak dan Sabah dikembalikan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Jelasnya, ini bagi memastikan perwakilan seimbang selaras dengan semangat dan tujuan asal pembentukan Malaysia pada 1963.

“Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan sebelum ini supaya bilangan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada 35 peratus.

“Perkara ini telah dibentangkan kepada Perjanjian Majlis Khas Malaysia 1963 (MKMA63) semasa mesyuaratnya pada 8 September lalu. 

“Melalui mesyuarat ini, telah dipersetujui bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada masa itu membawa cadangan ini ke mesyuarat Kabinet Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan hari keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini.

Tambahnya lagi,  pada 10 Oktober lalu, Parlimen telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

“Selepas penubuhan Kerajaan Persekutuan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bersetuju menambah baik platform sedia ada dengan menggantikan jawatankuasa sebelumnya MKMA63 dengan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

“Mesyuarat pertama  MTPMA63 telah diadakan pada 20 Januari tahun ini.

“Melalui mesyuarat ini, adalah dicadangkan supaya satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Pembaharuan Perundangan dan Institusi) diwujudkan bagi meneruskan perbincangan mengenai perkara itu.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mendapatkan keputusan dasar memandangkan perkara itu akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Hasidah turut memaklumkan perkara tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kerana beliau dilantik untuk menyelia semua perkara mengenai perkara ini untuk pihak Persekutuan.

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Kerja naik taraf Kompleks Sukan Sarikei selesai
Next: Metodologi Mazhab As- Syafi’I contoh perpaduan masyarakat Sarawak  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.