KUCHING: Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi 1444H/ 2023M anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) bakal dihadiri seramai 1,000 peserta yang telah mendaftar untuk hadir setakat ini.
Seminar menyebar maklumat berkaitan hukum dan kefatwaan yang bertemakan “Kelestarian Fiqh As-Syafi’ Dalam Memacu Kecemerlangan Ummah” akan berlangsung selama dua hari iaitu pada Rabu (17 Mei) dan Khamis (18 Mei) ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, antara objektif seminar ini diadakan ialah untuk mengenali dengan lebih mendalam ketokohan Imam As-Syafi’i, meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam Fikh Mazhab As-Syafi’i dan banyak lagi.
“Tedapat sembilan sesi pembentangan akan berlangsung yang akan mengupas tema seminar dalam pelbagai sudut seperti Perkembangan Fikh As-Syaf’i, pengaruh Imam As-Syafi’i dalam pengeluaran Fatwa dan Kelestarian Fikh As-Syafi’i dalam mendepani isu semasa.
“Seminar kali ini mengumpulkan pakar-pakar Mazhab As-Syafili dari pelbagai negara
antaranya dari Jordan, Yaman, Brunei, dan Indonesia serta pembentang dari dalam negara.
“Usaha ini dilihat dapat memberi impak yang signifikan dalam dunia Islam terutama dari sudut penyelarasan fatwa da mengharmonikan perbezaan pendapat yang sering menjadi isu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi 1444H/ 2023M di BCCK, hari ini.
Abdul Rahman berkata, kelestarian ini membawa kepada pengamalan Islam yang benar dan harmoni tanpa mewujudkan perpecahan masyarakat.
“Inilah harapan penganjur agar masyarakat saling menghormati antara satu sama lain
walaupun berbeza pandangan. la merupakan asas dalam pembentukan masyarakat yang makmur dan maju,” katanya.
Oleh Mohd Neenatul Aizal