MENURUT Dato Posa, segalanya perlu menunggu sehingga berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun nanti.
“Kita tunggu selepas berakhir PKPB pada 9 Jun nanti selain merujuk kepada perkeliling dikeluarkan oleh pihak FAM.
“Ketika ini memang pihak kami sudah mempunyai perancangan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.
Tegas Dato Posa, besar harapan pihaknya agar musibah penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini akan berakhir sepenuhnya.
Ia bagi membolehkan semua aktiviti sukan termasuk bola sepak dapat diteruskan seperti sedia kala.
Dalam perkembangan lain, Dato Posa memberitahu, pihaknya juga bersedia menerima sebarang keputusan berhubung status liga membabitkan dua skuad pelapis (Piala Presiden & Piala Belia) sama ada ditamatkan lebih awal atau diteruskan seperti biasa.
“Setakat ini perkara itu masih belum dimuktamadkan sepenuhnya walaupun ada khabar angin mengaitkan saingan liga membabitkan skuad pelapis itu ditamatkan lebih awal,” tambah beliau.
Sambil berharap akan ada keputusan yang dapat diketahui dalam tempoh terdekat ini kelak.
Ketika ini pemain dari semua skuad masih melakukan rutin latihan secara sendirian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.