KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan rumah terbuka pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak dan isteri akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pejabat Premier Sarawak menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan rumah terbuka pada hari raya pertama akan diadakan pada 21 April, Jumaat bermula 3.00 hingga 6.00 petang dan akan diteruskan pada hari raya kedua, Sabtu, 22 April dari 10.00 pagi hingga 2.30 petang.
Sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat.
Sekiranya sambutan Aidilfitri pada Sabtu, rumah terbuka pada hari raya pertama akan diadakan pada Sabtu, 22 April bermula 10.30 pagi hingga 4.00 petang dan akan diteruskan pada hari kedua, Ahad, 23 April dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas dan sopan di samping mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas.