KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyantuni 71 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching dan Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman pada majlis berbuka puasa dan solat berjemaah bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Majlis ini dimulakan dengan penyerahan sumbangan berupa duit raya dan barangan kelengkapan harian kepada kanak-kanak yang hadir.
Ia adalahsalah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEDC yang diadakan untuk golongan yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak yang berteduh di bawah rumah kanak- kanak ini.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala; Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain dan Pengurus Besarnya, Datu Abdul Hadi Abdul Kadir.
Majlis diakhiri dengan berbuka puasa beramai-ramai dan diteruskan lagi dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
Oleh NUR AIN OTSMAN