Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Air mata banduan iringi takbir raya
  • NASIONAL

Air mata banduan iringi takbir raya

Utusan Sarawak 5 years ago

MARANG, 26 Mei -- Penguasa Penjara Marang, Ahmad Nazri Mohamad ketika ditemubual Bernama, setelah berkhidmat selama 32 tahun dan 16 kali menyambut Syawal bersama banduan ketika ditemui baru-baru ini. Beliau berkata hari raya pertama adalah episod paling sayu terutama kepada banduan baharu kerana mereka tidak pernah terkurung dan terpisah dengan keluarga, namun banduan lama juga adakala berada dalam situasi sama kerana takbir hari raya membangkit ‘aura’ berbeza. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penguasa Penjara Marang, Ahmad Nazri Mohamad ketika ditemubual Bernama, setelah berkhidmat selama 32 tahun dan 16 kali menyambut Syawal bersama banduan ketika ditemui baru-baru ini. – Foto BERNAMA

MARANG: Walau tabah dan kental jiwa seseorang banduan, air mata mereka tetap tumpah tatkala mendengar takbir Hari Raya Aidilfitri, saban tahun.

Pengalaman itu dikongsi Penguasa Penjara Marang, Ahmad Nazri Mohamad kepada Bernama baru-baru ini, setelah berkhidmat selama 32 tahun dan 16 kali menyambut Syawal bersama banduan.

Katanya, hari raya pertama adalah episod paling sayu terutama kepada banduan baharu kerana mereka tidak pernah terkurung dan terpisah dengan keluarga, namun banduan lama juga adakala berada dalam situasi sama kerana takbir hari raya membangkit ‘aura’ berbeza.

“Kebiasaan kita melihat mereka bergurau, beriadah dan sebagainya tetapi pada hari raya, terutama pada pagi raya apabila mendengar takbir raya berkumandang, kita akan dapat lihat wajah yang sayu. Masing-masing akan teringat pada keluarga, isteri dan anak-anak.

“Kerinduan itu tidak boleh dinafi walaupun disembunyikan. Sebagai pegawai penjara kita bertanggungjawab untuk menceriakan mereka supaya ia tidak memberi kesan kepada keselamatan,” katanya.

Menurut Ahmad Nazri,  dalam tempoh perkhidmatan selama 32 tahun tersebut, beliau telah menyambut hari raya di dua buah penjara berasingan iaitu di Penjara Marang dan Penjara Simpang Renggam, Johor.

Kebiasaannya pada hari raya pertama, banduan beragama Islam akan dibawa ke surau untuk bertakbir dan solat sunat hari raya sebelum menjamah sarapan serta  kembali ke tempat  tahanan masing-masing.

Tidak seperti tahun sebelum ini, banduan kini tidak dibenarkan menerima kunjungan kaum keluarga ekoran langkah pencegahan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB).

“Biasanya  pada  pagi raya itu mereka (banduan) akan datang berkongsi cerita. Ketika itulah kita (pegawai) akan memainkan peranan dan memberi nasihat bahawa bukan semua orang dapat merasa gembira dan ada masa kita akan alami masa sukar,” katanya.

Sementara itu, salah seorang banduan, Azizul, 25, berkata tahun ini memberi pengalaman ketiga kepadanya  dalam menyambut  Aidilfitri di penjara,  namun takbir raya tetap membuat hatinya pilu dan teringat kenangan bersama keluarga.

Azizul berkata walau bagaimana sedih sekalipun, dia tetap perlu menerima hakikat bahawa ia adalah realiti yang harus dihadapi kerana hukuman yang perlu dijalaninya masih panjang iaitu selama 56 tahun dan 23 sebatan ekoran merogol teman wanitanya yang berstatus juvana.

“Setiap kali mendengar takbir raya, air mata mesti mengalir. Teringat pada arwah ayah…padahal masa di luar (sebelum masuk penjara), ia bagai suatu perkara biasa. Saya betul-betul sedih.

“Di sini saya banyak  mengaji al-Quran dan belajar agama. Saya rasa itu sahaja yang dapat meredakan perasaan kesal. Saya betul-betul insaf…tak mahu lakukan kesalahan ini lagi,”  katanya dalam nada sebak dan sempat menyatakan mahu belajar membuat songket di penjara.

Azizul yang mempunyai fizikal dan raut  wajah kacak itu berkata setiap kali ibunya berkunjung ke penjara, dia akan diingatkan untuk solat dan berkelakuan baik serta reda  dengan apa yang telah berlaku.

Kata-kata itu menjadi pegangan hidupnya kini dan dia turut menasihati  orang lain supaya menjauhi pergaulan bebas kerana ia mampu menjadi punca melakukan kesilapan sepertimana  dirinya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pulang ke kota, jangan takut kompaun
Next: Lelaki maut dirempuh kereta lawan arus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.