Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan laksana strategi jangka sederhana kaji model pencukaian lebih teratur
  • BISNES

Kerajaan laksana strategi jangka sederhana kaji model pencukaian lebih teratur

Utusan Sarawak 2 years ago

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan strategi hasil jangka sederhana bagi mengkaji model pencukaian negara untuk tempoh tiga tahun dalam memastikan perancangan cukai jangka panjang adalah lebih teratur, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, model pencukaian negara pada masa ini tidak mampan dalam mengawal kadar hutang negara yang tinggi.

Menurutnya, ini berikutan jumlah Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun ini adalah sekitar RM1.9 trilion daripada enam tahun purata jumlah hasil cukai kepada KDNK iaitu 11.55 peratus, antara yang terendah berbanding negara-negara Asean.

“Antara langkah kerajaan adalah menerusi pemberian subsidi bersasar, selain meluaskan asas hasil cukai, menambah baik, menyemak semula struktur dan perundangan cukai serta memberi insentif-insentif pencukaian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berhubung tindakan kerajaan untuk menyelaras cukai-cukai yang dikutip bersesuaian dengan negara Asean untuk meneruskan pembayaran hutang bagi membiayai faedah dan subsidi.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal di Parlimen pada tahun ini untuk membantu kerajaan mengawal selia kaedah negara membelanjakan wang.

Katanya, tumpuan kerajaan pada masa ini adalah berasaskan tiga aspek iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan hasil dan menstrukturkan ekonomi. – Bernama 

Continue Reading

Previous: 6,986 usahawan terima RM100.30 juta geran permulaan TUBE
Next: BNM, MAS lancar rangkaian pembayaran kod QR rentas sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.