SIMANGGANG: Jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak di Bahagian Sri Aman dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya, hari ini.
Lokasi terlibat ialah di KM27 – KM31 Jalan Sri Aman – Betong, Kampung San Demam – Kuching Stone Quarry.
Pihak Zon Selatan, Unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi kenyataan media mengingatkan para pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat sepanjang tempoh pembukaan sedang berlangsung dan mematuhi segala pengurusan trafik demi keselamatan masing-masing.
Selain, merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.
Menerusi kenyataan ini juga, Pihak Zon Selatan, Unit LPB JKR Sarawak berkata, sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan ini akan dimaklumkan oleh pihak kontraktor dari semasa ke semas.
Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, orang awam dikehendaki merujuk kepada Pihak Zon Selatan, Unit LPB JKR Sarawak di talian 082-619125 pada waktu pejabat.