Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pembekal sayur warga emas cedera parah dibelasah pekerja kedai kopi   
  • JENAYAH

Pembekal sayur warga emas cedera parah dibelasah pekerja kedai kopi   

Utusan Sarawak 2 years ago

Menurut saudara, mangsa dilaporkan telah sedar diri namun gagal berkomunikasi seperti sedia kala.

KUCHING:  Niat hendak menumpang tandas berakhir tragis apabila seorang pembekal sayur warganegara tempatan dibelasah tanpa sebab oleh seorang pekerja kedai kopi warganegara Indonesia.

Kejadian berlaku sekitar 1.13 petang, malam tadi di sebuah kedai kopi berhadapan pasar Petanak menyebabkan pembekal sayur, warga emas berusia 61 tahun itu kini mengalami cedera parah di bahagian muka, dipercayai mengalami kecederaan serius di kepalanya.

Menurut saudara mangsa ketika ditemu bual pemberita Utusan Sarawak, bapa saudaranya merupakan seorang pemborong sayur yang membekalkan sayur ke pasar Petanak.

“Bapa saudara saya (mangsa) membekalkan sayur kepada peniaga pada sebelah pagi dan kemudian akan mengutip hasil jualan sebelah petang. Pasar Petanak sememangnya lokasi untuk bapa saudara saya minum kopi.

“Entah mengapa, suspek dengan tiba-tiba menghampiri bapa saudara saya (mangsa) lalu memukulnya bertalu-talu  dan menghentak sekarton air mineral di muka bapa saudara saya,” jelasnya memaklumkan bahawa pemilik kedai kopi tersebut berkata suspek baharu sahaja sebulan bekerja di kedai kopi itu.

Pemilik kedai kopi itu terserempak dengan mangsa lalu membawanya ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dilaporkan telah sedar diri namun gagal berkomunikasi seperti sedia kala.

Satu laporan polis telahpun dibuat oleh saudara mangsa, namun melihat kepada kondisi mangsa, pihak polis ambil maklum mengenai kejadian dan kes sedang  dalam siasatan.

Beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menunggu mangsa di luar pintu tandas dan apabila mangsa keluar, suspek bertindak memukulnya.

Tambahnya lagi, mangsa dilaporkan cuba melawan namun atas faktor usia dan suspek juga dipercayai dalam pengaruh dadah, maka mangsa tewas dalam pergelutan itu lalu rebah ke lantai tandas kedai kopi itu.

“Suspek menanggalkan bajunya ketika sedang bergelut dengan mangsa. Suspek kemudiannya mengambil sampul surat daripada poket mangsa.

“Semasa mangsa bergerak, suspek mengambil sekarton air mineral dan menghentakkan ke kepalanya (kepala mangsa).  Suspek sekali lagi menyelar muka mangsa apabila melihat mangsa masih dalam keadaan separuh sedar mengakibatkan mangsa pada akhirnya tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Salah guna dadah, wanita dijatuhi hukuman
Next: Polis jejaki suspek belasah pembekal sayur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.