Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Len Talif kongsi rezeki sumbang 4,800 kotak buah kurma
  • WILAYAH

Len Talif kongsi rezeki sumbang 4,800 kotak buah kurma

Utusan Sarawak 2 years ago

Sebanyak 4,800 kotak buah kurma sumbangan ADUN Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh yang kini giat diagihkan kepada penduduk di kawasan.

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh berkongsi rezeki sempena Ramadan tahun ini dengan menyumbang sebanyak 4,800 kotak buah kurma.

Mereka yang menerima terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, warga emas dan umat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang termasuk kakitangan di beberapa pejabat kerajaan.

Semua agihan dilakukan oleh Pusat Khidmat di Zon Sarikei dan Zon Tanjong Manis dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di setiap kawasan.

Pada setiap tahun, beliau juga akan menyumbang air minuman ke setiap masjid dan surau dalam kawasan DUN Kuala Rajang untuk kegunaan sepanjang Ramadan.

Sumbangan sedemikian merupakan salah satu aktiviti amal tahunan beliau selain bakal melaksanakan program jelajah bagi memeriahkan lagi suasana serta menyambut ketibaan Ramadan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar berharap Ramadan tahun ini dapat disambut dengan penuh ketakwaan dan semua amalan serta ibadah diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya.

Continue Reading

Previous: Bubur lambuk diedar percuma secara pandu lalu di Kampung Tengah Sri Aman
Next: RM706 juta tambah baik sistem bekalan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.