KUCHING: Jambatan Sungai Merah, Sematan ditutup sementara sepenuhnya bermula 17 Mac lalu sehingga 24 April 2024.
Penutupan sementara ini bagi memberi laluan kepada kontraktor lantikan untuk kerja-kerja menaik taraf jambatan berkenaan.
Para pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut diminta berhati-hati ketika memandu dan mematuhi segala pengurusan trafik iaitu papan tanda sementara untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja menaik taraf.
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.
Orang awam digalakkan menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203096 pada waktu pejabat untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik di laluan ini.