Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 67 individu ingkari PKP ditahan
  • TEMPATAN

67 individu ingkari PKP ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Seramai 67 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Sarawak dalam operasi 24 jam sejak jam 8.00 pagi semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata mereka ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam ketika negara berdepan dengan situasi penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil dan menunggu untuk didakwa di mahkamah.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Menurutnya, jumlah keseluruhan individu ditahan sejak Khamis lalu kerana mengingkari arahan PKP di negeri ini meningkat kepada 229 orang.

Dalam operasi terbaru itu, Aidi berkata Sibu mencatat jumlah tertinggi dengan 14 orang diikuti Miri dan Kota Samarahan, masing-masing 12 orang, Bintulu (7), Padawan (6), Kuching (5), Lawas (4), Saratok (3), Betong (2) dan Serian dan Marudi, masing-masing seorang. – Bernama

Continue Reading

Previous: 435 penduduk terima bantuan makanan
Next: Sarawak catat dua kematian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.