Op Kontraban: Lelaki ditahan, kantoi seludup diesel guna tangki diubah suai

Facebook
WhatsApp
PERIKSA... Unit Risikan Marin Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri periksa tangki yang diubah suai mengandungi minyak diesel 600 liter dengan anggaran RM1,290 petang, semalam.

MIRI: Operasi (Op) Kontraban berjaya menahan seorang lelaki dan merampas minyak diesel bersubsidi yang disembunyikan di dalam tangki ubah suai 600 liter dengan anggaran RM1,290 petang, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek ditahan sekitar 3.20 petang di tepi jalan Pasar Lutong selepas gagal mengemukan sebarang dokumen di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

PERIKSA… Unit Risikan Marin Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri periksa sebuah van yang tangki ubah suai yang mengandungi minyak diesel 600 liter dengan anggaran RM1,290 petang, semalam.

Turut dirampas sebuah van yang dipandu suspek jenis Ford Econovan warna putih angaran lebih kurang RM45,000.

Tangkapan dilakukan oleh Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri.

Nilai keseluruhan rampasan bemilai adalah sebanyak RM 49,090.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Oleh Adum Liu