SARIKEI: Hari apresiasi merupakan salah satu aktiviti tahunan gabungan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang wajib diadakan setiap tahun terutamanya di Parlimen Sarikei.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing yang hadir untuk merasmikan majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/ Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Sarikei 2022/2023 di Dewan Suarah Sarikei, pagi tadi berkata, hari berkenaan bertujuan menggalakkan persaingan sihat di kalangan kanak-kanak baik dalam bidang akademik juga kokurikulum serta membentuk sahsiah diri kanak-kanak supaya lebih yakin dan berdaya saing.
“Ia juga diraikan sebagai satu penghargaan para pendidik masyarakat KEMAS, pembantu pemaju masyarakat sukarela (PPMS) KEMAS dan ibu bapa yang bersama-sama mengasuh serta mendidik anak-anak dalam menghadapi alam persekolahan yang lebih mencabar pada tahun mendatang.
“Sifat dan kelakuan anak-anak sebelum ini seperti kekurangan keyakinan diri, pendiam dan pemalu dapat diatasi setelah mengikuti pendidikan di Tabika dan Taska KEMAS secara amnya,” katanya.
“Ia juga diraikan sebagai satu penghargaan para pendidik masyarakat KEMAS, pembantu pemaju masyarakat sukarela (PPMS) KEMAS dan ibu bapa bersama-sama mengasuh serta mendidik anak-anak dalam menghadapi alam persekolahan yang lebih mencabar dalam tahun mendatang.
“Sifat dan kelakuan anak-anak sebelum ini seperti kekurangan keyakinan diri, pendiam dan pemalu dapat diatasi setelah mengikuti pendidikan di Tabika dan Taska KEMAS secara amnya,” katanya.
Tambahnya, program-program dan aktiviti yang diatur serta dilaksanakan di Tabika dan Taska KEMAS cukup positif dalam perkembangan kanak-kanak agar mewujudkan kemenjadian mereka menjadi lebih keberyakinan, berketerampilan dan aktif.
“Oleh demikian, saya berharap ibu bapa menggunakan peluang pendidikan di Tadika dan Taska yang disediakan oleh pihak KEMAS ini sepenuhnya bagi memastikan anak-anak kita khususnya mengharungi suasana persekolahan sebenar,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendidik masyarakat dan PPMS KEMAS yang telah berganding bahu tanpa mengira penat dan lelah dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Pada majlis tersebut, seramai 97 kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Sarikei masing-masing menerima sijil pada Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/ Taska KEMAS Parlimen Sarikei 2022/2023.
Daripada jumlah tersebut, 78 kanak-kanak dari 23 Tabika dan 19 kanak-kanak dari tiga Taska.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak Roslind Wilson Laing dan Pengerusi Bersama Pengelola Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/ Taska KEMAS 2022/2023 ASP Azmi Abdul Lamat.
Oleh EARL ANEK