Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suasana rumah ibadah kaum Cina Kampung Pelapi kembali meriah
  • WILAYAH

Suasana rumah ibadah kaum Cina Kampung Pelapi kembali meriah

Utusan Sarawak 2 years ago

MERIAH... Penghulu Choo menerima cenderahati daripada pihak Persatuan Singa Batu Niah dan Persatuan Buddha Batu Niah semasa sambutan kebesaran rumah ibadah kaum Cina di Kampung Pelapi di sini, semalam.

BEKENU: Setelah dua tahun negara dikekang oleh pandemik Covid-19, sambutan kebesaran rumah ibadah kaum Cina yang berusia hampir 100 tahun di Kampung Pelapi tahun ini kembali diraikan dalam suasana yang meriah, semalam.

Kampung Pelapi, sebuah perkampungan Cina yang masih mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan masa lampaunya telah dibanjiri sekitar 1,500 orang.

Menurut ahli jawatankuasa penganjuran Liew Teck Lain berkata, keramaian disertai penduduk dari Miri, Baram dan Bintulu serta penduduk setempat Bekenu dan Batu Niah.

Liew berkata, pada tahun ini, pihaknya telah menerima sebanyak 220 batang gaharu untuk dibakar sepanjang berlangsungnya sambutan ini sekali gus merupakan antara daya tarikan buat orang ramai yang berkunjung ke sini.

antara aktiviti di sambutan itu ialah persembahan tarian singa dan mempamerkan beberapa dewa serta menyembah dewa-dewa terbabit.

“Dua hari sebelum sambutan, penduduk kampung telah melakukan pembersihan di persekitaran rumah ibadah secara bergotong-royong.

“Selain pembersihan, kita juga sediakan masakan kampung untuk santapan pengunjung bagi majlis ini nanti,” katanya.

Ujarnya lagi, Kerajaan Sarawak dan wakil-wakil rakyat kawasan juga turut bersama menyumbang ke arah pembangunan dan pembesaran rumah ibadah ini, .

Pembesar kaum Cina yang hadir ialah Penghulu Choo Chong Yii (Bekenu), Penghulu Pui Kuan Phen (Batu Niah) serta kapitan-kapitan Cina dan para ahli persatuan-persatuan Cina Miri dan Sibuti.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 132 kanak-kanak diraikan pada Hari Apresiasi Taska, Tabika Kemas
Next: Jalan raya rosak viral dibaik pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.