KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan penutupan sementara Kilometer 13, Jalan Batang Maro-Paloh bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Penutupan jalan sementara itu dilaksanakan bagi tujuan keselamatan pengguna jalan dan pada masa sama memberi laluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang akan dijalankan oleh pihak JKR Bahagian Betong.
Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan menggunakan jalan raya alternatif (seperti dalam lakaran dilampirkan) buat sementara waktu kerja-kerja itu dilaksanakan.
Pihak JKR Bahagian Betong akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik di kawasan penyelenggaraan, sila berhubung dengan pejabat JKR Daerah Saratok di talian 083-436121 pada waktu pejabat.
Oleh NICKELYSON LAKUN