Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru Tadika kena denda RM1,000 gara-gara buat laporan palsu
  • JENAYAH

Guru Tadika kena denda RM1,000 gara-gara buat laporan palsu

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Gara-gara membuat laporan palsu kononnya dirompak, seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) hari ini didenda RM1,000.

Jika gagal membayar denda itu, Zunizar Ini, 41, berdepan penjara dua minggu.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman denda itu setelah Zunizar mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000.

Menurut fakta kes, Zunizar melakukan kesalahan itu di ibu pejabat polis daerah Kuching sekitar jam 3.30 petang pada 6 Januari lalu. 

Seorang pegawai polis menyoal siasat Zunizar mengenai laporan polisnya tentang disamun dan menyedari rompakan itu tidak pernah berlaku.

Pendakwaan kes dikendalikan Insp Mohd Adzmei Ahmad manakala Zunizar tidak diwakili peguam.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Sharnaaz Ahmad didakwa cederakan pengawal keselamatan
Next: 11 lelaki ditahan di Miri disyaki edar dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.