JULAU: Balai Polis Pakan yang baharu terletak di bangunan kedai Lot 226 Block 19, di Pekan Pakan, dirasmikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri,
Dalam kunjungan semalam, Mohd Azman turut meninjau keadaan di balai itu.
Balai Polis Pakan yang baharu itu mula beroperasi pada 1 Januari lalu dengan kekuatan 11 anggota diketuai seorang sarjan sebagai Pemangku Ketua Polis Balai.
Dalam ucapanb ringkasnya, Mohd Azman menasihatkan anggotanya di situ untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk di kawasan pentadbiran Balai Polis Pakan.
“Balai baharu ini akan memudahkan urusan orang awam
dengan pihak polis di Balai Polis Pakan,” katanya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Meluan Rolland Duat Jubin, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dan Ketua Polis Daerah Julau, DSP Andam Sulin .
Oleh Suriyani Molyadi