JIKU JUGUONG
MARUDI: Rumah terbuka Hari Raya dan Gawai tidak dibenarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sehingga 9 Jun depan untuk mencegah penularan Covid-19.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato Gerawat Gala berkata rakyat yang duduk di bandar tidak dibenarkan ke balik ke rumah panjang semasa Gawai untuk mencegah risiko jangkitan Covid-19.
Kita tidak mahu wabak in menular kepada ibu-bapa dan sanak saudara kita di Kampung sebab rumah panjang di kawasan pedalaman masih dalam Zon Hijau dari jangkitan virus tersebut.
Jelasnya ramai orang- orang tua dan anak-anak kecil di rumah panjang adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus berkenaan.
Katanya hanya tahun ini kita perlu berkorban dengan tidak balik berhari raya dan bergawai di kampung atau rumah panjang demi keselamatan keluarga sendiri selain menjimatkan pembelanjaan dalam keadaan ekonomi kita yang sangat mencabar.
“Kalau kita sayangkan kepada ahli keluarga dan saudara mara kita di kampung dan rumah panjang, kita perlu patuh dengan arahan kerajaan dengan tidak balik ke kampung pada perayaan kali ini,”
“Kita boleh balik ke kampung dan bertemu dengan ahli keluarga kita pada tahun depan,” katanya.
Dato Gerawat Gala yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) N.78 Mulu juga mengingatkan rakyat supaya tidak berkunjung musim perayaan ini dan mengadakan rumah terbuka demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita.
“Kita perlu bertindak dengan bijak dan bukan dikuasai emosi dan suka-suka,” tambahnya ketika dihubungi Utusan Sarawak tentang sambutan perayaan tahun ini.
Menurutnya beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Perayaan Gawai Peringkat Negeri 2020 pun telah dirahkan untuk membatalkan majlis tersebut selaras dengan arahan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM).