Pesta makanan, kebudayaan Samarahan bermula 

Facebook
WhatsApp

KOTA SAMARAHAN: Pesta Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2022 bermula hari ini hingga Isnin ini.

Ia diadakan di perkarangan tempat letak kereta Summer Mall. Upacara perasmian diadakan malam esok.

Ia dianjurkan bersama Summer Mall, SPC Land Sdn. Bhd., Everwin dan Serba Dinamik Sdn. Bhd. 

Sebanyak 100 gerai makanan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) menjual pelbagai produk seperti makanan, minuman, hasil kraftangan selain pameran. 

Pelbagai acara sampingan diadakan termasuk persembahan Otai Nang Steadi, Band-HD Bands, Bakat Kitak bersama HD Bands, persembahan penyanyi jemputan iaitu Rizal Ayub serta banyak lagi sehingga 16 Disember ini. 

Warga kota Samarahan digalakkan hadir bagi memeriahkan lagi pesta itu di samping membantu peniaga-peniaga kecil. 

Oleh NICKELYSON LAKUN 

Keterangan gambar

TERHIBUR… Persembahan Band-HD Bands. 

JUALAN… Beberapa gerai telah membuat persiapan dalam menyediakan jualan masing-masing.