KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap kabinet baharu yang bakal dibentuk oleh ‘Kerajaan Perpaduan’ akan turut melibatkan Ahli Parlimen dari Sarawak.
“Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10 melerai kebuntuan rakyat Malaysia selama ini
“Jadi ada ‘Kerajaan Perpaduan’ disediakan untuk rakyat Malaysia. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik,” katanya pada sidang media sempena Festival Sunbear di Bangunan Baitulmakmur II, sebentar tadi.
Katanya, beliau gembira dengan pelantikan itu.
“Sesiapa yang akan berada di kabinet, kita serahkan keputusan ini kepada Perdana Menteri dengan kuasa prerogatifnya. Namun, saya harap Sarawak tidak ketinggalan (diberi) kementerian penting.
“Hal ini kerana kita mahu lihat kedudukan Sarawak terjaga,” katanya.
Abdul Karim berkata, Sarawak turut memainkan peranan besar untuk pembangunan Malaysia.
Oleh NUR AIN OTSMAN