Sidang DUN hari ke-4 bermula 

Facebook
WhatsApp
HARI KEEMPAT….. Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) memulakan persidangan hari keempat dengan bertanyakan soalan kepada Menteri di Jabatan Premier, Datuk John Sikie Tayai.

KUCHING: Persidangan hari keempat Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 dimulakan pada 9.08 pagi ini.

Ia dimulakan dengan bacaan doa dan pemasyhuran daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Mohd Asfia memaklumkan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr Ripin Lamat tidak hadir persidangan hari ini.

Antara yang berlangsung hari ini ialah pertanyaan bagi jawapan lisan antara ADUN kepada menteri.

Selain itu, sambungan perbahasan atas bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 dan usul merujuk resolusi anggaran perbelanjaan pembangunan bagi 2023.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,