KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis penyerahan trofi Persatuan Golf Negeri Sarawak di Pejabat Premier, Dewan Undangan Negeri Petra Jaya.
Persatuan Golf Negeri Sarawak akan menganjurkan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak ke-22 bermula pada 29 November hingga 1 Disember ini di Eastwood Valley Golf & Country Club di Miri.
Piala diserahkan oleh Abang Johari kepada Pengarah Pengurus Persatuan Golf Sarawak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Eastwood Valley Golf & Country Club, Dato Sri Law Kiu Kiong (kedua dari kiri).
Seramai 100 pemain golf akan bersaing bagi merebut Piala Premier Sarawak.
Kejohanan itu menyaksikan penyertaan dari sembilan negara iaitu India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Taipei, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hadir sama adalah President Golf Sarawak, Hoon Kee Hock, Naib Presiden Persatuan Golf Negeri Sarawak, Anthony Tan, Setiausaha Persatuan Golf Negeri Sarawak, Dato Thomas Ting, Bendahari Persatuan Golf Negeri Sarawak, Gilbert Ho Lee Sang dan Penasihat Persatuan Golf Negeri Sarawak, Dato Rabeahtul Aloya Abbas.