KUCHING: Berpeluang mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) hari ini jelas memberi rasa teruja kepada tiga beradik yang keluar mengundi sebagai pengundi muda.
Najla Qarllisha Omar Alli, 25, berkata PRU kali ini mempunyai makna tersendiri baginya kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Ini meruapakan hari bersejarah kerana ini kali pertama saya mengundi. Rasa lega dengan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya kepada Utusan Sarawak.
Nadya Qattrisha Omar Alli, 23, pula bersyukur dan teruja kerana dapat mengundi hari ini sebagai pengundi muda.
Bagi Nuzaher Qhussaen Omar Alli, 20, dia teruja untuk kembali mengundi hari ini walaupun perjalanan pulang jauh.
“Saya belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan terbang pulang ke Sarawak untuk memilih sendiri pemimpin yang saya mahu iaitu bersih, berintegriti dan boleh berkhidmat kepada rakyat,”katanya.
Oleh AZREEN KERIA