DALAT: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah selain menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, turut membantu melancarkan pergerakan orang ramai ke pusat mengundi.
Dalam gambar ini, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, kelihatan turut menemani seorang ahli keluarga yang sudah berumur ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Teh Dalat iaitu kampung halaman beliau.
Cuaca yang baik di Dalat pada sebelah pagi juga memboleh penduduk di kawasan N.56 Dalat itu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi.
Sementara itu, ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi, mengundi di SK Parish Balingian di Daerah Kecil Balingian, manakala sementara ADUN Tellian, Royston Valentine mengundi di SK Agama Mukah.