YANGON: Myanmar melaporkan rampasan dadah sintetik terbesar Asia Tenggara membabitkan penghasilan besar-besaran bahan khayal itu di kawasan yang lazimnya menghasilkan heroin dan methamphetamin.
Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, antara Februari dan April lalu, pihak berkuasa menyerbu makmal haram di Kutkai dalam kawasan Shan State.
Rampasan yang dibuat membabitkan hampir 200 juta pil methamphetamin, 500 kilogram (kg) of hablur methamphetamin, kira-kira 300 kg heroin dan 3,750 liter methyl fentanyl manakala 33 orang ditahan.
Pejabat PBB bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) menyifatkan rampasan itu sebagai antara operasi anti narkotik yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah wilayah itu.
Wakil UNODC Asia Tenggara dan Pasifik, Jeremy Douglas, dalam satu kenyataan berkata, kejayaan yang dicapai itu memang di luar jangka.
“Operasi pemprosesan dadah ini hanya mungkin dilakukan dengan sokongan kumpulan penjenayah trans nasional.
“Serbuan kali ini menemui sejumlah besar methyl fentanyl yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, menandakan trend baharu pembuatan bahan khayal sintetik secara besar-besaran,” katanya.
Fentanyl, yang 50 kali lebih berkuasa dan hampir 100 kali lebih kuat berbanding morfin, boleh membawa maut dengan dos sekecil dua miligram, bersamaan dengan beberapa butir pasir.
Ia pernah mencetuskan krisis bahan khayal di Amerika Syarikat (AS), di mana lebih 32,000 orang terbunuh pada 2018.
Myanmar kini menghadapi tekanan akibat lambakan dadah kerana kawasan di kawasan sempadannya agak lemah.
Shan State adalah sebahagian kawasan ‘Segitiga Emas’ iaitu sebidang tanah disempadani Myanmar, Laos, China dan Thailand, yang hampir tidak diganggu pihak berkuasa meskipun kegiatan haram bernilai berbilion dolar dijalankan di situ.
Myanmar adalah pengeluar heroin kedua terbesar dunia selepas Afghanistan, dan kini semakin dikenali sebagai sumber terbesar methamphetamin di dunia, berikutan lambakan bahan kimia bagi menghasilkannya yang dibekalkan dari China.
Pil kuda atau ‘yaba’ yang menjadi kegemaran di Asia Tenggara, diedar di rantau ini dengan hanrganya bertambah tiga kali anda apabila merentasi sempadan memasuki Thailand dan Malaysia.
Crystal meth atau ‘ice’ yang menyebabkan ketagihan lebih tinggi, diseludup ke Tokyo, Seoul atau Sydney, di mana harga di jalanan ialah sekitar sekitar AS$150,000 (RM654,000) sekilogram.
Dadah ‘buatan Myanmar’ diedarkan di selatan menerusi Thailand, ke utara memasuki China dan barat menuju ke Bangladesh, yang mana lambakan bahan khayal itu menyukarkan pihak berkuasa bertindak.
Ini berikutan kadar ketagihan yang terlalu tinggi, diburukkan pula dengan masalah rasuah dan pengubahan wang haram. – AFP