SHAHRUL QAIZAT
KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim akan bantu supaya penggantinya menang pada pilihan raya umum 19 November nanti.
Katanya, jentera kempen sudah bersedia sepenuhnya di belakang calon muka baharu, Mohamad Shafizan Kepli bagi mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Batang Lupar adalah salah satu kubu kuat GPS, jadi saya yakin GPS mampu memenangi kerusi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan Watikah Calon GPS di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, hari ini.
Rohani, 67 adalah Penasihat Khas kepada Premier Sarawak dm menjdi Ahli Parlimen sejak 1990.
Rohani juga menggesa pengundi di Batang Lupar untuk keluar mengundi pada hari pengundian kerana Sarawak memerlukan perwakilan yang kuat di Parlimen.
“Kita memerlukan pemimpin yang kuat dan stabil, bukan sahaja di Sarawak tetapi di Malaysia. Insya-Allah, GPS akan dapat membantu dalam memastikan Kerajaan Persekutuan yang kukuh dan stabil.
Rohani juga melahirkan harapan agar Kerajaan Persekutuan yang baharu nanti akan memikul lebih banyak tanggungjawab dalam membawa lebih banyak projek pembangunan mega di Sarawak.
“Dengan pelbagai projek seperti jambatan Batang Lupar diambil alih oleh kerajaan negeri, saya berharap Kerjaan Persekutuan akan membayar balik, mungkin dari segi membawa lebih banyak projek pembangunan di Sarawak,” katanya.