Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Subvarian Omicron XBB, kembali pakai pelitup muka secara sukarela
  • TEMPATAN

Subvarian Omicron XBB, kembali pakai pelitup muka secara sukarela

Utusan Sarawak 3 years ago

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pemakaian pelitup muka itu perlu terutama ketika orang ramai mengundi pada 19 November nanti Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata langkah berwaspada itu perlu bagi mengekang penularan Covid-19 terutama subvarian Omicron XBB yang baharu.

AZREEN KERIA

KUCHING: Orang ramai yang berada di tempat sesak terutama ketika waktu pilihan raya sekarang dinasihat memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penemuan subvarian Omicron XBB di negara ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pemakaian pelitup muka itu perlu terutama ketika orang ramai mengundi pada 19 November nanti

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata langkah berwaspada itu perlu bagi mengekang penularan Covid-19 terutama subvarian Omicron XBB yang baharu.

“Oleh itu, patuhi nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), memandangkan Malaysia sedang berdepan gelombang kecil peningkatan kes COVID-19 susulan penemuan subvarian Omicron XBB di negara ini.

“Kita tak tahu lagi seteruk mana tahap jangkitan subvarian baharu itu,” katanya selepas perasmian Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo BOSH 2022) ketujuh di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dmemaklumkan bahawa Malaysia sedang berdepan gelombang kecil peningkatan kes COVID-19 susulan penemuan subvarian Omicron XBB di Malaysia.

Ini berdasarkan data harian, bilangan kes baharu COVID-19 meningkat sebanyak 16.5 peratus, iaitu dari 14,525 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 42 kepada 16,917 kes pada ME 43 (23 Oktober hingga 29 Oktober).

Mengulas lanjut mengenai keadaan di Sarawak yang masih mengalami kes baharu Covid-19 setiap hari, Uggah berkata perkara paling penting dilakukan masyarakat ketika ini ialah meningkatkan tahap kewaspadaan masing-masing.

“Untuk langkah berjaga-jaga penggunaan pelitup muka kini sangat disyorkan, walaupun pada hakikatnya ia masih secara sukarela,” katanya.

Continue Reading

Previous: Beri peluang generasi muda bertanding
Next: Yayasan Sarawak taja doktor kursus lanjutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.