MIRI : Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin memberi sumbangan RM10,000 kepada Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA).
Sumbangan itu telah diserahkan oleh Dato Sri Lee Kim Shin kepada Presiden FSJA Andy Jong di Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin pada Ahad.
Andy Jong berkata, sumbangan yang disokong oleh Kim Shin untuk menjayakan Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2022 pada 9 Disember 2022 yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.
“KJA 2022 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 anggaran kos perbelanjaan keseluruhan majlis KJA RM350,000 hingga RM400,000,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Andy Jong juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin memberi sokongan kepada FSJA dengan memberi sokongan pengiklanan dalam buku program cenderamata KJA 2022.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Presiden FSJA Andy Jong 014-5902562, Setiausaha, Michelle Choo 016-8919280 dan Bendahari Chai 019- 8447447 atau Rosemaria Buma 016-8718793.