Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
  • NASIONAL

Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda

Utusan Sarawak 3 years ago

Masyarakat dinasihat supaya sentiasa mengambil tindakan kawalan pencegahan demam denggi dengan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, menyembur aerosol, kerap menggunakan bahan mencegah gigitan nyamuk dan menyental bekas tadahan air seminggu sekali.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan jumlah kes demam denggi lebih tiga kali ganda hingga minggu ke-42 tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Beliau berkata, peningkatan kes yang sangat membimbangkan itu dapat dilihat apabila sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Safar berkata, lima kes kematian akibat demam denggi turut direkodkan di Sabah setakat ini melibatkan tiga kes di Sandakan manakala masing-masing satu di Papar dan Tawau.

“Setakat 22 Oktober, Sandakan menjadi antara lima daerah mencatat kes demam denggi tertinggi iaitu 1,394 kes diikuti Kota Kinabalu (1,155 kes), Tawau (387 kes), Lahad Datu (349 kes) dan Putatan (344 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 74 lokaliti wabak aktif direkodkan masing-masing 11 wabak ‘hotspot’, 11 wabak tidak terkawal dan 52 wabak terkawal di seluruh  Sabah melibatkan tujuh daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Penampang dan Pitas.

Safar berkata, kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi negeri juga telah bermesyuarat pada 27 Oktober bagi membincangkan situasi yang sangat membimbangkan itu.

Beliau berkata, masyarakat dinasihat supaya sentiasa mengambil tindakan kawalan pencegahan demam denggi dengan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, menyembur aerosol, kerap menggunakan bahan mencegah gigitan nyamuk dan menyental bekas tadahan air seminggu sekali.

“Kerajaan Sabah juga menyarankan individu mengalami gejala penyakit demam denggi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi demam denggi berdarah terutama bagi golongan kanak-kanak serta golongan yang mempunyai penyakit komorbid,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: ASA 2022 kembali rai penggiat seni kreatif
Next: Seniwati Fauziah Nawi terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.