Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 25 penghuni hilang tempat berteduh
  • TEMPATAN

25 penghuni hilang tempat berteduh

Utusan Sarawak 3 years ago

Sebuah rumah dilaporkan terbakar di Jalan Tong Sang, pagi tadi.

SIBU: Sebuah rumah panjang enam pintu dan sebuah rumah Semi-D musnah dalam kebakaran di Jalan Tong Sang di sini, pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, PKPgB Suna Kaha berkata, sepasukan anggota dari BBP Sibu sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan 9.15 pagi. 

“Operasi mengawal dan memadam kebakaran dibantu oleh sepasukan anggota dari BBP Sungai Merah. 

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang enam pintu struktur kayu terbakar 100 peratus dan sebuah rumah Semi-D struktur konkrit terbakar 80 peratus,” jelasnya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi. 

Katanya, kebakaran itu menyebabkan seramai 25 penghuni dari tujuh Ketua Isi Rumah (KIR) hilang tempat tinggal, daripada jumlah tersebut seramai tiga penghuni warga emas lelaki, warga emas wanita (empat), lelaki dewasa (tujuh), wanita dewasa (lima), kanak-kanak lelaki (tiga) dan kanak-kanak perempuan (tiga). 

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu. Operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat pada 11.46 pagi. 

“Turut berada di lokasi kejadian ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SESCO,” ujarnya. 

Continue Reading

Previous: Pelaku buang bangkai khinzir dikenakan tindakan
Next: Mayat nelayan ditemukan terapung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.