PENGERUSI Pembandaran Kota Samarahan, Dato Peter Minos (kiri), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Komuniti, Sosial dan Pelancongan Selaku Organizing Chairman SFCF, Cr. Dr Florance Christy, merakam gambar
bersama poster dalam Sidang Media Samarahan Food Calture Fastival bertempat di Majlis Pebandaran Kota
Samarahan. • Foto HERRIEY NAHA
KOTA SAMARAHAN: Samarahan Food dan Cultural Festival (SFCF) bakal diadakan pada 10 sehingga 13 November 2022 di D’Virtual Park Kota Samarahan.
Pengerusi Perbandaran Kota Samarahan Dato Peter Minos berkata, ia bertujuan untuk memperkenalkan produk makanan tradisi, makanan popular, seni, adat dan budaya seta permainan tradisi yang terdapat seta masih dihidupkan oleh komuniti di Samarahan.
“Produk seumpama ini mampu memberi impak yang besar kepada komuniti niaga, meningkatkan ekonomi komuniti malahan mampu dijadikan salah satu produk pelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Promosi Samarahan Food and Cultural Festival 2022 di MPKS Kota Samarahan, semalam.
Tambahnya lagi, melalui festival ini juga akan dapat membantu memberi peluang kepada agensi dan syarikat tertentu, pihak telekomunikasi dan Perbankan untuk turut sama mempromosi Produk dan Perkhidmatan mereka kepada warga Samarahan.
“Pada masa yang sama melalui festival ini juga masyarakat pelbagai kaum dapat berkongsi kesenian dan kebudayaan yang menjadi tunjang perpaduan kaum di Sarawak khususnya di Samarahan.
“lanya dapat dipupuk melalui persembahan dan pertunjukan kebudayaan yang akan berlangsung sepanjang festival ini berlangsung nanti.
“…Dan pada masa yang sama melalui festival ini juga akan dapat menjadi ruang dan kesempatan kepada masyarakat daripada pelbagai kaum dan latar belakang kehidupan untuk bertemu dan bersuai kenal, berhibur bersama-sama dalam suasan yang harmoni,”jelasnya.
Dalam pada itu, festival ini memperkenalkan makanan tradisi dan popular di Bahagian Samarahan daripada pelbagai etnik makanan dan budaya yang popular di Samarahan seperti Aju Cendol, Kerepek, Rojak Bodo dan lain-lain.
Tambahnya, terdapat banyak keluaran produk makanan yang mash tidak diketahui umum dan hanya diusahakan dalam peringkat keluarga dan komuniti masing-masing.
“Jika dijelajahi sememangnya masih banyak lagi resepi atau menu-menu ciptaan tempatan Samarahan yang tidak diketengahkan.
“Malah memperkenalkan kebudayaan di Samarahan seperti Gendang Zapin dan Berladoh Lanang yang amat jarang diketengahkan.
“Selain itu ia boleh mewujudkan peluang keusahawanan sektor makanan dikalangan vendor-vendor makanan di Kota Samarahan melalui rangkaian perniagaan bermula daripada gerbang Samarahan.”
Majlis Perbandaran Kota Samarahan Kolaborasi bersama Serba Dinamik akan menganjurkan Program “SAMARAHAN DIGITAL FESTIVAL” sebagai program tahunan kepada warga Samarahan.
Oleh AZREEN KERIA