Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan sasar 1,000 hektar projek tanaman semula koko tahun depan
  • BISNES

Kerajaan sasar 1,000 hektar projek tanaman semula koko tahun depan

Utusan Sarawak 3 years ago

LAWAT… Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin (tiga, kiri) melihat dari dekat produk coklat keluaran tempatan yang berkualiti tinggi pada majlis Perasmian Penutup Kursus Pelatih Super Koko (PSP) Sarawak semalam. Turut sama Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Dr. Ramle Kasin (kiri).
• Foto BERNAMA

KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan projek penanaman semula koko di Malaysia mencapai 1,000 hektar menjelang 2023 bagi meningkatkan pengeluaran koko negara.

Timbalan Menteri Datuk Willie Mongin berkata sejak projek itu bermula, sejumlah 700 hektar telah ditanam dengan koko melibatkan 150 hektar di Sarawak, 350 hektar di Sabah dan selebihnya 200 hektar di Semenanjung Malaysia.

“Sekiranya projek penanaman semula ini berjaya, semestinya prospek untuk penanaman koko di masa akan datang akan menjadi lebih baik.

“Dengan kemajuan yang dilakukan oleh Lembaga Koko Malaysia, banyak teknologi dan juga ubat-ubatan untuk membantu petani kita membasmi serta menghalang penyakit berlaku, sekarang dengan cara penanaman dan penyelenggaran koko yang baik sudah semestinya mendapat pulangan yang tiggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menutup Kursus Latihan Super Koko (PSK) Sarawak di sini hari ini.

Willie berkata pekebun dan pengusaha koko juga digalakkan terlibat dalam sektor hiliran koko seperti pengeluaran serbuk koko dan blok coklat yang dilihat lebih lumayan dan menguntungkan.

“Bagaimanapun kita perlu memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat. Kalau kita beri penekanan kepada sektor hiliran sahaja, kita tidak ada huluan maka kita tidak akan ada sumber bahan mentah…kita saling memerlukan, huluan dan hiliran,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Perdagangan S’wak-India RM9.933 bilion
Next: Kerjasama tinjau R&D dalam produk, perkhidmatan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.