Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 3 years ago

Anak Kenyalang

Terbang terbang anak Kenyalang

Di awangan mencari cerita

Bak gegak gempita memecah sepi

Pada persada jadi rebutan

Sedang anak di bawah menangis pilu

Menanti tiba cuaca cerah

Menghilang dalam rebutan takhta

Ke hilir ke hulu melangkah lesu

Mencari helah hendak BERSATU

Sedang AMANAH di pinggir

KEADILAN dicari tidak ditemui

Pada rangka menaiki takhta bestari

Memang seDAP pada culitan rasa

Tika WARISAN membawa diri

Dan tika BUMIPUTERA di kejauhan

Cuba meredah kesangsian terlukis

Akhirnya terjawab dalam cita rasa

Tamak dan haloba merangkul

dalam dendangan sumbang

Sang penguasa yang bersedih

Kehilangan watak berjasa

Sedang anak-anak BUMIPUTERA

Tersenyum sinis tika kedua tangan

Cuba ditarik mengisi kekosongan

Terbukti anak Kenyalang lebih tangkas

Dalam mencerna keyakinan insani

Kini lahir sudah

            Gagah

              Perkasa

                  Semangat

Dicantum menyatu dalam seribu perjuangan yang masih panjang

Abg Zainoren Abg Jess

29 Feb, 2020 – Taman Sukma

Pucuk Impian

Dalam kelekaan,

memanjat harapan,

tak terasa; kutelah,

memanjat setinggi ini.

Menuju pucuk,

yang kian tipis lembut berayun,

yang bila kupandang ke bawah,

terasa rawan menggayatkan,

yang pabila datang angin menghempas,

meliuk-meliuk; menuntut kekuatan,

untuk terus berpaut,

meski terasa goyah.

Kutetap percaya,

angin yang menghempas,

datangnya cuma untuk menguji,

sekadar untuk menilai,

sejauh mana aku kuat;

berpaut bertahan,

demi ke pucuk impian.

Asyraff Jamin

Nanga Tada, Kanowit

Rintih Petualang

Tatkala fajar menjelma,

kicauan burung membongkar hening pagi,

Ku hirup pawana pagi, menghembus duka,

Mengenyahkan gundah memenuhi diri,

Terasa pekat ribang ini,

Terkenang keluarga aksa menanti.

Ku tempuh hariku dengan lara,

Ku isikan dengan tawa menghilang rasa bika,

Tak terasa kesenjaan sudah terlalu petang,

Walang pun menyisip kembali,

Bak pungguk ku merenung candra,

Bersenandika mengingat memori lama.

Fajar menjenguk kembali,

Hari silir berganti tetapi aku masih disini,

Merintih ribang di hati sehingga merobek atma.

Johnny Berayen

Miri, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Alegori yang Memberangsangkan
Next: Atok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.