Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Program SMART SBB berjaya bantu pesawah tingkat hasil padi
  • BISNES

Program SMART SBB berjaya bantu pesawah tingkat hasil padi

Utusan Sarawak 3 years ago

SERDANG, 7 Ogos -- Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tiga, kiri) bergambar pada Majlis Perasmian Logo Smart SBB, Aplikasi Rice Information Management System (RIMS), Ladang '57 Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

SERDANG: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang diperkenalkan sejak Februari tahun lepas, telah berjaya membantu pesawah meningkatkan produktiviti hasil padi mereka, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata, SMART SBB yang merupakan hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara, telah dilaksanakan di sembilan buah negeri melibatkan hampir 5,000 pesawah dengan keluasan melebihi 11,000 hektar.

“Dari segi prestasi pelaksanaan, program membabitkan 24 syarikat termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini, telah terbukti dapat meningkatkan purata hasil padi sehektar di kawasan-kawasan terlibat. 

“Sebagai contoh di Sekinchan, Selangor, kawasan padi seluas lebih 100 hektar telah berjaya meningkatkan purata hasil hampir empat kali ganda, iaitu daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada lapan hingga 10 tan metrik sehektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Laman Padi serta Pelancaran Logo SMART SBB dan Sistem Pengurusan Maklumat Beras (Rice Information Management System-RIMS), Ladang’57 iaitu Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, semalam.

Ronald berkata, kejayaan program SMART SBB juga telah dimanifestasikan dalam penghasilan produk baharu oleh syarikat peneraju, yang terlibat membabitkan produk berasaskan varieti beras istimewa iaitu Ladang’57 Beras Wangi HoReCa, dihasilkan peserta program di Seberang Perak, Perak dan Barat Laut, Selangor.

“Melangkah ke hadapan, pada hari ini (semalam) kita juga menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) SMART SBB antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan tiga lagi syarikat peneraju iaitu Syarikat Mastani Sdn Bhd, Konsortium Padi dan Beras Rakyat Sdn Bhd serta Syarikat Qudsi Global Sdn Bhd.

“Diharapkan, lebih banyak syarikat swasta akan menyertai program SMART SBB ini, bagi terus menjayakan matlamat yang disasarkan oleh kerajaan iaitu tahap sara diri (SSL) beras kepada 75 peratus menjelang 2025,” katanya.

Mengenai Aplikasi Rice Information Management System (RIMS) yang dilancarkan hari ini, beliau berkata aplikasi berkenaan adalah satu sistem sokongan keputusan digital.

“Ia menggunakan teknologi Internet Benda (IoT), kecerdasan buatan, data raya (big data) dan teknologi sensor atau satelit untuk memberikan nasihat masa nyata (real time), ramalan dan preskripsi untuk industri penanaman padi,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan evolusi yang sedang berlaku di peringkat global dan juga domestik, kerajaan akan terus berusaha melakukan perubahan positif untuk pembangunan industri padi dan beras negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Semua pesawat bersedia beroperasi menjelang Mac 2023
Next: JV Korea Selatan, OCIKUMHO keluarkan ECH di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.